Friday 15 January 2016

Nasi Bukhari Ayam / Daging / Kambing


Bahan-Bahan :

Beras Basmathi Pusa 1121 - ada dalam set
Rempah Bukhari - ada dalam set
1 Biji Bawang Besar - di cincang
5 Ulas Bawang Putih - di cincang
½ Cawan Minyak Masak / Jagung
2 Sudu Besar Tomato Puri      
750ml Air (Sukatan air:1 Cawan Beras = 1 Cawan Air)
Garam

Perhatian Rempah Bukhari :
**1 ekor ayam dipotong / 1 kg daging / kambing direbus bersama cengkih, buah pelaga, kayu manis & bunga lawang (ada dalam set) serta sedikit garam
**Ayam yang telah direbus hendaklah digoreng

Nasi :
1.      Bersihkan beras dan rendam beras 20 minit atau lebih kemudian toskan.
2.      Tumis bawang yang telah dicincang sehingga naik bau
3.      Masukkan rempah bukhari dan tomato puri, tumis hingga mengeluarkan minyak
4.      Masukkan bahan tumisan tadi dan air rebusan ayam / daging / kambing 
sebanyak 750ml ke dalam rice cooker. Biarkan mendidih
5.      Campurkan beras yang telah ditoskan ke dalam rice cooker
6.      Taburkan sedikit garam jika perlu. (Secukup rasa)
7.      Selepas 5 minit, masukkan ayam goreng / daging / kambing 
yang telah ditoskan dan kacau rata
8.      Tanak nasi sehingga nasi 100% masak
9.      Masukkan kacang pis, bawang goreng dan kismis. Biarkan beberapa minit

Sos Harrah :
1.      2 biji tomato, 2 ulas bawang putih (jika suka), 1 sudu kecil perahan lemon/cuka, daun ketumbar/daun pudina, 3-5 biji cili hijau/cili merah, 
cili padi dan sedikit garam & gula
2.      Kisar semua bahan tanpa air

Salad Arab
1.      2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu
2.      Hiriskan halus 1 biji bawang besar dan daun ketumbar
3.      Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. 
Tambah gula, sedikit garam dan cuka/perahan lemon/limau nipis 
dan sedikit minyak zaiton (jika ada)

Sup
1.      1 batang lobak merah dipotong dadu
2.      1-2 biji kentang dipotong dadu
3.      Masukkan rempah sup bunjut & halia/rempah Mandy & bawang putih 
serta isi ayam ke dalam air & didihkan
4.      Masukkan semua bahan ke dalam periuk & tambah sedikit garam

~~SELAMAT MENCUBA~~

HUBUNGI KAMI BAGI MENDAPATKAN SET INI

NAZAM : 013 - 912 0601
SURIA : 013 - 9414159



No comments:

Post a Comment