Friday 15 January 2016

Nasi Beriani Ayam / Daging / Kambing AMEER


Bahan-Bahannya :

Bahan Nasi :

Beras Basmathi Pusa 1121 - ada dalam set
Rempah Tumis - ada dalam set
1 Helai Daun Pandan
4 Sudu Besar Minyak Masak
1 Sudu Besar Minyak Sapi
600ml Air (Sukatan air:1 Cawan Beras = 1 Cawan Air)
1-2 Sudu Teh Garam
Pewarna Kuning

Bahan B (Masakkan dulu Bahan B)

Ayam / Daging / Kambing
Rempah Beriani – ada dalam set
Rempah Tumis – ada dalam set
1Helai Daun Pandan
1 Biji Cili Merah
1 Biji Buah Tomato
4-5 Sudu Besar Minyak Masak
1 Sudu Besar Minyak Sapi
4 Ulas Bawang Merah  - dikisar halus
2 Ulas Bawang Putih - dikisar halus
3cm Halia - dikisar halus
1 Sudu Besar Tomato Puri
1 Sudu Besar Yogurt (Natural) / ½ Limau Nipis (air)
5-6 Sudu Besar Susu Cair
Sedikit Garam

Cara Masak Bahan B
1.      Panaskan minyak masak dan minyak sapi, tumis rempah hidup 
(kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang), daun pandan, cili merah yang telah 
dibelah dan buah tomkato dibelah empat
2.      Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih, dan halia), ke dalam tumisan, 
tumis sehingga bawang kekuningan
3.      Masukkan rempah beriani, tomato puri, yogurt / (boleh diganti dengan
 ½ limau nipis diperah) dan masukkan ayam/daging/kambing. 
Masukkan sedikit air, masukkan susu cair dan sedikit garam secukup rasa. Renehkan sehingga ayam/daging/kambing masak / empuk

Nasi :
1.      Bersihkan beras dan rendam beras 20 minit atau lebih kemudian toskan.
2.      Panaskan minyak masak dan minyak sapidan tumis rempah hidup 
(kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang), daun pandan
3.      Masukkan air 600ml, garam (secukup rasa dan bahan tumisan ke dalam rice cooker. 
Biarkan mendidih
4.      Campurkan beras yang telah ditoskan ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak
5.      Masukkan ayam/daging/kambing dari Bahan B ke dalam nasi. 
Biarkan nasi 100% masak
6.      Masukkan pewarna kuning ke dalam nasi. Biarkan sehingga nasi 100% masak
7.      Masukkan pewarna kuning ke dalam nasi, taburkan kismis, gajus, daun pudina dan bawang goreng, Biarkan beberapa minit

Acar :
1.      2 Batang timun
2.      Hiris halus 1 biji bawang besar dan cili merah
3.      Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam, gula dan cuka

**Enak di makan dengan Dalca & Ayam Goreng

Hubungi :
Nazam ; 013 - 912 0601
Suria : 013 - 9414159

No comments:

Post a Comment