Sunday 3 January 2016

Maggi Goreng Spesel!!

Hmm...nak masak ape plak utk lunch kat opis yer???Tengah pikir2 ker??Kengkawan dekat opis bagi cadangan menu Maggi Goreng!!!Sounds good.....Dengar macam mudah ajer kan....Memang pun.Hi..Hi...Sesape pun boleh masak dengan pelbagai cara & idea yang menarik.
Operasi seterusnya geng2 opis ibu, mummy & mama......




BAHAN-BAHAN
BAHAN-BAHAN YANG SIAP DIHIRIS DAN DITOSKAN



Senarai Bahan-Bahan :

5 Bungkus Maggi Goreng Asli Brand SajiMee
4 Biji Telur
Set Rempah (Dalam Bungkusan Maggi Goreng)
Minyak (Untuk Menumis)

Bahan-Bahan Di Hiris:

2 Biji Bawang Besar
5 Biji Bawang Putih
1 Paket Sosej Smoked Chicken Frankfurters Brand Farm’s Best

Cara-Cara Membuatnya :

1.      Rebus maggi sehingga lembut. Kemudian toskan. Letak ditepi dahulu.
2.      Panaskan minyak, dan tumiskan bahan-bahan yang telah siap dihiris sebentar tadi.
3.      Bila sudah naik bau yang wangi, Masukkan pula rempah dan gaul sebati. 
Kemudian, masukkan sosej dan gaul rata.
4.      Setelah itu, masukkan pula maggi yang ditoskan tadi. 
Kacau balikkan sehingga sebati semuanya.
5.      Akhir sekali, masukkan telur dan gaulkan.
6.      Sudah siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan

~~Jom Makan~~

No comments:

Post a Comment