Wednesday 16 December 2015

Nasi Minyak Serai



TARAAA!!!!

MENU KITA HARI INI.....






Ibu kongsikan Penyediaan Nasi Minyak Serai Menggunakan Produk AMEER Daripada blog www.periuknoxxa.blogspot.com

JOM-JOM KITA PERGI SEMAK RESIPI DULU!!! 



Beras Basmathi - ada dalam Set
Rempah Tumis - ada dalam Set
1 Biji Cili Merah
1 Batang Serai
1 Biji Buah Tomato
1 Helai Daun Pandan
1 Tangkai Daun Kari
4 Sudu Besar Minyak Masak
1 Sudu Besar Minyak Sapi
3-4 Ulas Bawang Merah - dikisar halus
2-3 Ulas Bawang Putih- dikisar halus
2 cm Halia- dikisar halus
Garam
4 Sudu Besar Susu Cair
1 Sudu Besar Susu Manis
600ml Air (Sukatan air : 1 Cawan Beras = 1 Cawan 
Pewarna Kuning



> Rendam Beras 20 minit atau lebih kemudian toskan
> Panaskan minyak masak dan minyak sapi dan tumis rempah hidup (kayu manis, pelaga,cengkih, bunga lawang),buah tomato dibelah 4, daun pandan, serai yang dititik, daun kari dan cili merah yang dibelah dua
> Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) ke dalam tumisan, tumis sehingga bawang kekuningan
> Masukkan air 600ml dan bahan tumisan ke dalam rice cooker. Biarkan mendidih
> Campurkan beras yang telah ditoskan ke dalam rice cooker
> Masuk susu cair dan susu manis
> Taburkan 1 1/2 sudu kecil garam (Secukup Rasa)
> Tanak nasi sehingga nasi 100% masak
> Masukkan pewarna kuning yang dicampur air ke dalam nasi dan biarkan beberapa minit


Rempah Kurma- ada dalam Set
Rempah Tumis- ada dalam Set
1 Helai Daun Pandan
4-5 Sudu Besar Minyak Masak
1 Sudu Besar Minyak Sapi 
4 Ulas Bawang Merah- dikisar halus
2 Ulas Bawang Putih- dikisar halus
3 cm Halia- dikisar halus
2 Sudu Besar/35g Kismis
1 Cawan/55g Bawang Goreng
5-6 Sudu Besar Sos Tomato
1/4 Cawan Susu Cair
1 Liter Air
1/2 Biji Air Limau Nipis
Garam


> Campurkan rempah kurma, bawang goreng, sos tamato dan 1 ekor ayam yang telah dipotong
> Panaskan minyak masak dan minyak sapi, tumis rempah hidup (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang), daun pandan dan sedikit kismis
> Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) ke dalam tumisan, tumis sehingga bawang kekuningan
> Masukkan campuran rempah bersama ayam tadi, masukkan garam. Renehkan sehingga ayam separuh masak/empuk
> Masukkan 1 Liter air, masukkan susu cair dan separuh biji air perahan limau nipis dan tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sehingga masak


Timun Batang
Bawang Besar
Cili Merah
Garam
Gula
Cuka

> Timun dipotong dadu
> Hiris halus bawang besar dan cili merah
> Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam, gula dan cuka


DENGAN MENGGUNAKAN PEK AJAIB INI >>>>



SEDAP!!

-SELAMAT MENCUBA-

No comments:

Post a Comment