Friday 18 December 2015

***Kite Citer sikitlah asal usul beras nie.. Menarik betul..Macam-macam jenis beras ada..
Selamat membaca....!!!

APA ITU BERAS BASMATI PUSA 1121 PARBOILED????



Untuk menjawab persoalan ini, beberapa persoalan asas tentang Beras  dan Beras Basmati perlu dijawab terlebih dahulu. 

APA ITU BASMATI?

Basmati berasal dari perkataan bahasa Sanskrit “vasmati” yang bermaksud “fragrant”. Di dalam bahasa Hindi ia juga membawa maksud “soft rice”/nasi lembut.

APAKAH ANTARA CIRI-CIRI UTAMA BERAS BASMATI?

  • Mempunyai kepanjangan yang luarbiasa;
  • Mempunyai aroma kewangian yang unik;
  • Kepanjangan akan bertambah setelah dimasak (beras putih tidak akan memanjang selepas dimasak);
  • Menjadi lebih ringan, gebu dan lebih lembut daripada beras putih setelah dimasak;
  • Nasi berstruktur sebiji-sebiji/berderai (tidak bercampur aduk) setelah dimasak;
  • Lebih lama disimpan lebih tinggi kualitinya seperti juga wine, rasanya lebih sedap, mengeluarkan aroma bauan yang lebih istimewa dan lebih cantik setelah dimasak;
  • Merupakan jenis beras yang termahal didunia dan menjadi keutamaan dan sanjungan kalangan bangsawan dunia sejak dahulukala.



MENGAPA BERAS BASMATI BAIK UNTUK KESIHATAN?

Beras basmati adalah “gluten-free” dan rendah lemak. Ianya mengandungi kesemua jenis lapan amino asid dan folik asid yang penting untuk manusia.  Sangat rendah kandungan sodium dan tidak mengandungi kolesterol. Sukatan indek glycemic Beras Basmati  adalah antara rendah ke sederhana, oleh itu membantu si pemakannya mendapatkan kadar tenaga yang lebih seimbang.

DI MANA BERAS BASMATI DI TANAM?

Beras Basmati hanya berkesan ditanam di kawasan sekitar Himalaya seperti Haryana, Jammu & Kashmir, Himanchal Pradesh, Punjab, Delhi, Uttarakhand dan barat Uttar Pradesh. Ianya kurang sesuai ditanam di Asia Tenggara dan lain-lain tempat.

APAKAH JENIS-JENIS BERAS BASMATI?

Terdapat berjenis-jenis beras basmati di pasaran yang dipasarkan oleh negara India dan Pakistan sejak tahun 1980an. Salah satu daripada jenis basmati ialah beras PUSA BASMATI yang mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1989. Kemudiannya PUSA BASMATI 1121 pula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2003. 


Kini PUSA BASMATI 1121 adalah beras basmati yang terunggul di dalam rangkaian beras basmati.

APAKAH JENIS-JENIS BERAS PUSA BASMATI?

Kedua-dua jenis Pusa Basmati  mempunyai jenis-jenis seperti berikut:

PUSA:

  1. PUSA  BASMATI RICE RAW
  2. PUSA BASMATI RICE STEAM
  3. PUSA  BASMATI PARBOILED WHITE/CREAM
  4. PUSA BASMATI PARBOILED GOLD
PUSA 1121:
  1. PUSA 1121 BASMATI RAW
  2. PUSA 1121 BASMATI RICE STEAM
  3. PUSA 1121 BASMATI PARBOILED WHITE/CREAM
  4. PUSA 1121 BASMATI PARBOILED GOLD

APAKAH BEZA ANTARA PUSA BASMATI DENGAN PUSA 1121 BASMATI?

Beza antara Pusa Basmati dan Pusa 1121 Basmati adalah dari segi kepanjangan beras dan aroma beras.  Pusa Basmati mempunyai kepanjangan 7.45 sehingga 7.55mm dan lebih kurang aromanya daripada beras basmati tradisional. Manakala Pusa 1121 Basmati panjangnya menjangkau sehingga 9.55mm dan aromanya wangi seperti beras basmati tradisional.

Oleh kerana permintaan tinggi dunia terhadap beras Basmati jenis PUSA 1121 maka 70% daripada kawasan penanaman beras basmati di Punjab (Pakistan) dan Haryana (India) kini ditanam dengan beras jenis ini.

APAKAH MAKSUD BERAS PARBOILED (REBUS)?

Setelah padi (bijian beras yang masih di dalam kulitnya) dituai, kulit padi akan dibuang untuk menghasilkan beras perang.  Sekiranya beras tersebut melalui proses yang seterusnya iaitu membuang brannya ia akan menjadi beras putih. 

Beras yang direbus/”parboiled” pula diproses terus dari padi yang dituai.  Tanpa membuang kulitnya, padi direndam, distimkan dan kemudian dikeringkan. Setelah itu barulah kulit padi dibuang menjadikan ianya beras rebus/parboiled.

Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim bersama dengan kulit-kulitnyanya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi dan wujud proses pengubahan kanji di dalam beras sehingga menjadikan ianya lebih tahan dari kepatahan dan lebih berderai daripada beras putih biasa dan beras basmati yang tidak direbus/non parboiled basmati rice.

Proses pengestiman beras tersebut tidaklah menjadikan beras tersebut masak oleh itu ianya akan mengambil masa yang sama sahaja untuk dimasak seperti beras yang tidak direbus terlebih dahulu.

Oleh kerana menjalani proses yang istimewa, beras yang direbus/parboiled rice mempunyai kandungan fiber, kalsium, potassium dan vitamin B-6 yang lebih baik daripada beras yang tidak direbus/non-parboiled rice.

APAKAH KELEBIHAN BERAS PARBOILED?

Antara kelebihan beras yang telah direbus/parboiled terlebih dahulu: 

  • Sangat bersih
  • Tidak patah-patah semasa diproses
  • Sangat elegan dan cantik bentuknya
  • Tidak patah-patah semasa dimasak
  • Semakin memanjang apabila dimasak
  • Dan yang paling penting, khasiatnya 80% bersamaan dengan beras perang (brown rice)


APAKAH NASI YANG SESUAI DIMASAK MENGGUNAKAN BERAS BASMATI PUSA 1121 PARBOILED?

Beras ini sesuai digunakan untuk semua jenis masakan nasi termasuk nasi arab, nasi minyak, nasi briyani, nasi dagang, nasi lemak dan lain-lain nasi termasuk di makan seperti nasi putih biasa.

Ketahuilah hanya Beras Basmati PUSA 1121 Parboiled yang memberikan hasil terbaik setelah di masak. Jika nasi yang anda makan di restoran-restoran nasi Arab dan pada majlis-majlis tidak begitu panjang dan terbentuk cantik besar kemungkinan beras yang digunakan bukan beras PUSA 1121. Mungkin hanya beras basmati biasa.

- Serba Sedikit Asal-Usul Beras - 

No comments:

Post a Comment