Wednesday 30 December 2015

Mi Rebus Terengganu Awesome!!

Siapa suka makan mi rebus???Mi rebus ni ade macam2 cara buat, macam2 rasa, macam2 bentuk dan macam2 lagilah..
Tapi, ibu punyer mi rebus, mi rebus Terengganu..Ibu pun asal dari sana..Memang minat sesangat makan mi rebus ni....sedap...Anak2 pun suka makan..Kalo masak sebungkus mi kuning tu, mesti takkan cukup punyer..kuah dia manis2 ikan..Yelah, kita buat ikan gentel tu sendiri. Resipi ni amat mudah & senang...
Mari kiter pakat2 buat mi rebus..


Bahan-Bahan :

2 Bungkus Mi Kuning
Minyak (untuk menumis)
Garam (secukup rasa)
1 Batang Lobak Merah
4 Pokok Sawi
2 Biji Tomato
Sedikit Bunga Kobis
Sedikit Kobis Bulat
1 Paket Jagung Muda
Air (sukat ikut kuah yang kita nak)
10 Biji Fish Ball/Fish Kek
3 Ekor Ikan Selayang (untuk dibuat ikan gentel)
250gm Ayam + Tulang
2 Biji Telur

Bahan Dikisar / Ditumbuk:

1 1/2 Biji Bawang Besar
3 Biji Bawang Putih
2cm Halia

Cara-Cara Membuatnya :

1.      Panaskan minyak. Tumiskan semua bahan yang dikisar. Kacau hingga kekuningan
2.      Selepas itu, masukkan ayam dan kacau sebati dengan tumisan
3.      Kemudian, masukkan air dan masak hingga menggelegak. 
Sedudah itu, masukkan ikan yang telah digentel, fish ball/fish kek.
4.      Reneh sekejap, kemudian masukkan lobak, bunga kobis, 
kobis bulat, jagung muda & sawi.
5.      Kacau sebati, masukkan garam secukup rasa
6.      Pecahkan telur dan masukkan tomato sebelum api ditutup.
7.      Masukkan cili padi jika suka rasa pedas


**Ibu memang tak campur cili padi terus....bukan ape, memang peminat cili..tapi, untuk hidangan keluarga, kenelah picit cili dalam mangkuk sendiri...
Janji kite enjoy!!!!



Amboi..Amboi...Sedapnyer Cocktail

Hari panas-panas sedap jugak kalo pekena ‘Cocktail’ kan??
Letak dalam peti atau pun masukkan ice cube....Wah....
Ini pun idea kengkawan opis jugak..Barang-barang yang kami gunakan, tak banyak, simple & mudah dicari...Mungkin anda ade idea tambahan untuk dicampurkan dalam cocktail, boleh ajer....Ape kita tunggu lagi!!! Jom kite mulakan operasi...

1 Tin Fruit Cocktail (Premium) Brand Hosen
1 Tin Tropical Fruit Cocktail
2 Tin Krimer Sejat Brand Marigold


1.      Masukkan kedua-dua tin Cocktail ke dalam bekas
2.      Kemudian, campurkan dengan susu sejat
3.      Gaulkan cocktail tadi sampai sebati
4.      Masukkan ke dalam peti atau masukkan ais kiub sebelum dimakan

~Selamat Menikmati~

Yummy!!!Fruit Salad

Assalamualaikum semua...
Ibu nak ajak semua buat Fruit Salad...
Fruit salad nie hasil dari tangan kawan2 dan ibu kat ofis tau...yang sporting2, kiut miut tu...
Mrs. Brindha, Pn. Atie, Ms. Yong & Kak Wan.....
Jom kita tengok hasilnya..

Bahan-Bahan :

2 Biji Epal
½ Kilo Longan
2 Biji Pear
2 Biji Mempelam
½ Kilo Anggur Hitam
1 Botol Sos Salad Buah-buahan (Brand Lady’s choice)



Cara-Cara Membuatnya :

1.      Selepas semua bahan-bahan dipotong, masukkan kedalam mangkuk satu persatu
2.      Selepas itu, masukkan pula sos salad buah-buahan. 
Gaulkan semua bahan-bahan tadi bersama sehingga sebati
3.      Letakkan dalam mangkuk, dan sedia untuk dihidang..


~Sedapnyer~




Ikan Duri Masak Asam

Hari nie ibu nak kongsi dengan semua tentang sejenis ikan yang manis jugak isinya.Sedap dan lembut isinya bila dimasak. Terutamanya masak asam. Ikan Duri....Mungkin ada yang tak tahu samada ikan ini ikan laut atau ikan darat. Ibu update sikit yer..Kalo ikut Wikipedia, Ikan Duri merupakan spesis ikan air tawar.
Ikan Duri yang ibu guna ni adalah ikan duri yang bila besar jadi ikan mayong..Macam tulah rasanya...Ibu ada tag gambar ikan duri kat entri..Bolehlah tengok2...
Jom kita melawat ke resipi

IKAN DURI



Bahan-Bahan :

3 Ekor Ikan Duri
Garam (Secukup rasa)
3 Sudu Besar Asam Jawa (Air asam Sukat ikut kuah yang kita nak)
1 Sudu Kecil Halba
1 Ikat Daun Kesom
Minyak (untuk menumis)
1cm Halia (Dimayang)
½ Biji Bawang Besar (Dimayang)
1 Kuntum Bunga Kantan (Jika ada)
2 Biji Tomato

Bahan Dikisar / Ditumbuk:

1 1/2 Biji Bawang Besar
4 Biji Bawang Putih
10-15 Biji Cili kering (Ikut kepedasan)
3cm Kunyit
2cm Halia
1 Sudu Kecil Jintan Manis

Cara-Cara Membuatnya :

1.      Panaskan minyak, kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah siap dimayang, 
dan juga halba. Goreng sehingga kekuningan
2.      Selepas itu, masukkan pula bahan-bahan yang telah dikisar. 
Tumis sehingga naik minyak
3.      Kemudian, masukkan ikan duri dan kacau sebati dengan tumisan. 
Bila dah agak sebati, masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga menggelegak
4.      Masukkan garam, tomato, daun kesom & bunga kantan

~ Sudah ready untuk lunch~


Monday 28 December 2015

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin....Pasti ramai penggemar ikan ni kan?? Mana taknya, ibu pun baru menjadi salah seorang penggemar jugak ikan sungai ni..Sebelum ni hanya jadi tukang masaknya ajer..Tapi, bila pekena sekali..wah!!boleh tahan jugak rasa ikan patin..So, boleh jadi genglah... Ibu nak share ckitlah cara masak ikan patin nie..
Jom bersiar-siar dengan resipi ni...


Bahan-Bahan :

2 Ekor Ikan Patin
Garam (Secukup rasa)
2 Helai Daun Kunyit
2 Keping Asam Keping
Air (Sukat ikut kuah yang kita nak)
4 Sudu Besar Tempoyak (Ikut masam yang dikehendaki)
2 Batang Serai (Diketuk)

Bahan Dikisar / Ditumbuk:

1 1/2 Biji Bawang Besar
3 Biji Bawang Putih
8-10 Biji Cili padi (Ikut kepedasan)
3cm Kunyit


Cara-Cara Membuatnya :

1.      Masukkan ikan, bahan kisar, daun kunyit, asam keping, serai dan air ke dalam periuk.
2.      Kemudian, rebuskan bahan-bahan tadi sehingga menggelegak.
3.      Setelah menggelegak, masukkan pula tempoyak dan garam secukup rasa.
4.      Tutup api dan sudah siap untuk dihidang.

- Makan dengan nasik panas..sodap!!-

Saturday 26 December 2015

Nyum..Nyum..Singgang Pedas Ikan Kerisi Kerteh

Lauk untuk makan tengahari ini rasanya macam nak masak lauk feveret jer..
Ibu memang suka lauk ni dari kecik lagi kot...Kalau dulu2 sebelum kahwin, mok selalu masakkan lauk ni..Terima kasih banyak2 mok...Love you so much...
Sekarang masak untuk keluarga sendiri pula. Macam seram sejuk ajer nak bagitahu menu ape lah agaknyer...hi..hi..hi..Mesti terkejut bila uols tengok nanti, kan??Ape nak dikata, memang ibu peminat tegar lauk ni....Senang sangat lauk ni.
Oklah, memandangkan dalam fridge ada ikan kerisi, ada daun kesom...
Guess ????
Jomlah kita masak pulak!!!!


Bahan-Bahan :

5 Ekor Ikan Kerisi
Garam (Secukup rasa)
1 Ikat Daun Kesom
2 Keping Asam Keping
Air (Sukat ikut kuah yang kita nak)

Bahan Dikisar :

1 Biji Bawang Besar
3 Biji Bawang Putih
8-10 Helai Cili Kering (Ikut kepedasan)
3cm Kunyit
3cm Lengkuas
  
Cara-Cara Membuatnya :

1.      Masukkan ikan, bahan kisar, daun kesom, asam keping dan air ke dalam periuk.
2.      Kemudian, rebuskan bahan-bahan tadi sehingga menggelegak.
3.      Masukkan garam secukup rasa.
4.      Tutup api dan sudah siap untuk dihidang.

- Senang Je Kan???

Best Betul....Bihoon Pedas

Di pagi Sabtu nie, ape pulak menu yang ibu nak masak yer??? Biasanyer hari Sabtu ibu bekerja. Tapi, hari ni Bos bagi cuti free....Semalam Hari Krismas. Hari Sabtu separuh hari bekerja. Tak kira hari cuti atau hari kerja, ibu tetap masak untuk keluarga tersayang...Air tangan ibu penting untuk menambat kasih sayang keluarga...
Kita masak Bihun Goreng Pedaslah!!! Dah lama tak masak. Anak dara ibu dah boleh makan pedas sikit-sikit...Untuk anak teruna pulak ibu masak mi goreng kicap yang tak pedas...Semua orang pandai masak bihun nie, tapi lain orang, lain cara & lain rasanyer...
Come on kite usha2 resipi. 


Bahan-Bahan :

1/2 Bungkus Bihun
Garam (Secukup rasa)
Minyak (Untuk menumis)
200gm Ayam (isi + tulang yer..)
10 Biji Fish Ball
Sedikit Taugeh

Bahan Dikisar :

1 Biji Bawang Besar
3 Biji Bawang Putih
8-10 Helai Cili Kering (Ikut kepedasan)

Cara-Cara Membuatnya :

1.      Panaskan minyak, gorengkan ayam & fish ball separuh masak. Kemudian toskan.
2.      Tumiskan bahan yang telah siap dikisar sehingga pecah minyak.
3.      Masukkan air dan biarkan tumisan tadi mendidih. 
Selepas itu, masukkan garam dan kacau sebati. Masukkan pula ayam & fish ball 
yang separuh goreng tadi. Kacau sebati bersama.
4.      Kemudian, masukkan bihun dan gaul semula.
5.      Sebelum diangkat,masukkan taugeh sekejap dan tutup api.
6.      Sedia untuk dihidang panas-panas.

- Silakan Mencuba Resipi Yang Mudah ini -

Nasi Arab Kabsah AMEER

Bahan-Bahan :

Beras Basmathi Pusa 1121 - ada dalam set

Rempah Kabsah - ada dalam set
Rempah Tumis - ada dalam set
2 Biji Cili Merah - dikisar halus

1/2 – 1 Batang Lobak Merah - dikisar halus
Minyak Zaiton/Jagung
750ml Air (Sukatan air:1 Cawan Beras = 1 Cawan Air)
Garam

Perhatian Rempah Kabsah :
**1 Sudu Besar untuk nasi kabsah & selebihnya untuk ayam panggang & sedikit untuk sup

Cara Memasak : 

Nasi :
1.      Rendam beras 20 minit atau lebih kemudian toskan.
2.      Tumis rempah hidup (kayu manis, pelaga, cengkih), 1 susu besar rempah kabsah
3.      Masukkan bahan kisar (cili, lobak merah) ke dalam sukatan 750ml air dan tapiskan
4.      Masukkan air yang telah ditapis tadi dan bahan tumisan ke dalam rice cooker. 
Biarkan mendidih.
5.      Campurkan beras yang telah ditoskan ke dalam rice cooker
6.      Taburkan 1 ½ sudu kecil garam (secukup rasa)
7.      Tanak nasi sehingga nasi 100% masak

Ayam Panggang :
1.      Perapkan 1 ekor ayam sederhana besar dengan 1 sudu besar rempah serbuk kabsah, 
5 ulas bawang putih & 2cm halia ditumbuk/dikisar, 2 sudu kecil garam, 
2 sudu besar tomato puri dan 2 sudu besar minyak
2.      Panggang di dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180° celcius. 
Balikkan ayam selepas ½ jam
3.      Jika ayam digoreng hendaklah dengan minyak yang banyak

Sos Harrah :
1.      2 biji tomato, 2 ulas bawang putih (jika suka), 1 sudu kecil perahan lemon/cuka, 
daun ketumbar/daun pudina, 3-5 biji cili hijau/cili merah, cili padi dan 
sedikit garam & gula
2.      Kisar semua bahan tanpa air

Salad Arab
1.      2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu
2.      Hiriskan halus 1 biji bawang besar dan daun ketumbar
3.      Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Tambah gula, 
sedikit garam dan cuka/perahan lemon/limau nipis

Sup
1.      1 batang lobak merah dipotong dadu
2.      1-2 biji kentang dipotong dadu
3.      Masukkan rempah sup bunjut & halia/rempah kabsah & bawang putih serta 
isi ayam ke dalam air & didihkan
4.      Masukkan semua bahan ke dalam periuk & tambah sedikit garam
5.      Taburkan bawang goreng & daun sup semasa menghidang



- Jangan Lupa Untuk Mendapatkan Set Ajaib ini -

***HUBUNGI KAMI DENGAN SEGERA***
NAZAM : 013-912 0601
SUE : 013-9414159

Friday 25 December 2015

Best Sangat Kari Daging Bondaku!!!!

Bila dah masuk tengahari, ibu mesti pening nak masak apa yer untuk lunch keluarga tersayang.......
Ada daging dalam fridge...pikir punyer pikir, akhirnya malas nak pikir...Ape lagi, tanya suami tercintalah...
Katanya nak makan kari daging macam mak masak!!! Amik telepon segera dan telepon mak mertuaku mintak resipi...hu..hu..
Akhirnya, tada....tada...
Resipinyer kat bawah yer....Sodap!!!

Bahan-Bahan :

1/2 Kilo Daging & Tulang Lembu
Garam (Secukup rasa)
Minyak (Untuk menumis)
2 Batang Serai
1 Kotak Santan (Guna santan kotak jer...)
 1 Paket Rempah Kari Daging
2 Biji Ubi Kentang
2 Helai Daun Kari  
1 Sudu Besar Asam Jawa

Bahan Dikisar :

1 1/2 Biji Bawang Besar
4 Biji Bawang Putih
2cm Halia
2cm Kunyit
10 Helai Cili Kering

Cara-Cara Membuatnya :

1.      Panaskan minyak. Masukkan daun kari diikuti dengan bahan yang telah dikisar tadi dan serai yang telah diketuk ehingga bewarna kekuningan.
2.      Setelah pecah minyak, masukkan rempah kari dan kacau rata. Selepas itu,masukkan daging dan renehkan sehingga daging dan tulang tadi empuk. Tambahkan air untuk mereneh daging.
3.      Setelah daging tadi lembut, masukkan santan, ubi kentang, garam dan asam jawa.Kacau sebati sehingga masak.
4.      Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan bersama dengan nasi...wah..sedapnyer... 

- Try Jangan Tak Try -